Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ernie Zakri, Masing-Masing Tercalon Di SCTV Music Award Indonesia

Ernie Zakri, penyanyi kelahiran Malaysia yang kini kian menempa nama di indonesia setelah menjadi penyanyi tempatan pertama tercalon pada acara anugerah berprestij di sebuah stesen televisyen di Indonesia iaitu SCTV Music Awards.  

ernie zakri, masing-masing tercalon di sctv music award indonesia

Dia tercalon dalam tiga kategori menerusi gandingannya bersama pemuzik terkenal, Ade Govinda menerusi lagu “Masing-Masing” iaitu kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop.

Advertisement

Ernie menjelaskan dia rasa bersyukur dan bangga kerana lagu mereka Masing-Masing itu diterima baik daripada peminat di Indonesia. 

“Saya sangat gembira kerana lagu saya sampai ke Indonesia. Sungguh menggembirakan melihatnya bergema dengan pendengar di sana”.

Semoga ada rezeki buat Ernie Zakri sekaligus mengharumkan nama Malaysia.
 

ERA Muzik Hit Terkini