Penyanyi dan juga pelakon, Ernie Zakri telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 28 pada 23 Jun lalu.

Advertisement
Beliau yang juga seorang guru vokal telah dikejutkan dengan sambutan hari lahir yang dirancang khas oleh teman rapatnya, Syamel.

Menerusi update dilaman Instagram, Ernie meluahkan rasa sebak hingga menitiskan air mata apabila kejutan berkenaan menjadi.

"Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Ninie dah berumur 28 tahun! Syukur syukur. Thank you Bang Mel berjaya membuat airmata Kak Ninie tumpah sampai blusher pun hilang. Bang Mel suruh posing tak nampak macam 28, pose pose tu jelah saya boleh fikirkan.", tulis Ernie.
Pasangan berkenaan yang mengenakan pakaian sedondon biru turut menerima ucapan mesra yang mendoakan agar mereka cepat berkahwin.

Sumber: Instagram