Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ernie Zakri Nafi Dakwaan Bermasam Muka Dengan Nadeera

Baru-baru ini kecoh mengenai Nadeera menggantikan penyanyi asal lagu Ernie Zakri di salah sebuah pertandingan di stesyen TV swasta lain. Perkara ini menimbulkan spekulasi bahawa Ernie bermasam muka dengan Nadeera Zaini.

Namun, Ernie menjelaskan bahawa semua yang berlaku ini berpunca dari salah faham dan menafikan dirinya bermasam muka dengan rakan seperjuangannya itu. 

Advertisement

“Kami memang tidak ada masalah. Malah kami juga sudah berbincang mengenainya. Industri kita kecil sahaja dan tidak perlu ada pergaduhan dengan sesiapa. Kalaulah kami bergaduh, mesti kekok bila berjumpa.”

ernie zakri nafi dakwaan bermasam muka dengan nadeeraSumber gambar: Gempak

Ernie turut menjelaskan bahawa mereka berdua hanya mencari rezeki dalam industri seni dan mereka berdua berada di tengah-tengah sewaktu kontroversi itu berlaku.

Nadeera juga meminta orang ramai untuk berhenti menjadi batu api untuk melaga-lagakan dirinya dengan rakan seperjuangan dalam industri.

“Sudah-sudahlah lagakan kami. Tiada isu besar pun. Semuanya sudah selesai.Saya tidak salahkan peminat kerana mereka tidak tahu cerita sebenar. Kalau saya letak diri di tempat peminat Ernie saya pun akan marah.”

Semoga para peminat dapat memahami situasi ini dan tidak melaga-lagakan mereka.

ERA Muzik Hit Terkini