Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Erra Fazira Kini Sah Bergelar Isteri Mr E, Terima Mas Kahwin Sepohon Emas Dan Cincin Bernilai RM80,000

erra fazira kini sah bergelar isteri mr e, terima mas kahwin sepohon emas dan cincin bernilai rm80,000Foto: Facebook

Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira, selamat diijabkabulkan dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E dalam satu majlis sederhana tetapi penuh bermakna yang berlangsung pada pagi Jumaat di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam.

Advertisement

Lafaz nikah dibuat sekali sahaja pada sekitar pukul 9.19 pagi dan disempurnakan oleh wakil Majlis Agama Islam Selangor.

Dalam majlis itu, Erra menerima mas kahwin unik berupa sepohon bunga emas seberat lebih 100 gram, sementara hantaran daripada pihak lelaki termasuk cincin berlian bernilai sekitar RM80,000 serta beberapa barangan aksesori dan wangian yang disusun dalam sebuah talam.

Majlis berlangsung dalam suasana tertutup dengan kehadiran kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat, rakan rapat serta beberapa wakil media.

Erra dilihat tampil anggun dengan busana biru lembut rekaan pereka tempatan, manakala pasangan pengantin diiringi anak masing-masing ketika memasuki dewan.

Perkahwinan ini merupakan yang ketiga bagi Erra. Primadona itu sebelum ini pernah bernikah dengan Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 dan berpisah pada 2006, dan kemudian berkahwin dengan Engku Emran pada 2007 sebelum bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan kedua itu, beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, yang kini berusia 16 tahun.

Hubungan Erra dan Ezwan mulai menjadi perhatian sejak tahun lalu, sebelum keluarga kedua-dua pihak bertemu dan melalui proses merisik serta pertunangan.

Majlis pernikahan ini menandakan permulaan fasa baharu buat Erra yang kini memilih untuk melangkah ke episod hidup seterusnya bersama suami tercinta.

ERA Muzik Hit Terkini