
Sumber: Harian Metro
Advertisement
Bekas isteri kepada Engku Emran, Erra Fazira gembira dan bersenang hati melihat anaknya boleh menerima Laudya Cynthia Bella sebagai bakal ibu tirinya. Erra juga gembira dengan berita perkahwinan mereka.
"Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya.
"Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut," katanya kepada Harian Metro.
"Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella.
"Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingga ke jannah. Amin," katanya.
Engku Emran dan Bella bakal berkahwin dalam masa terdekat cuma tarikh yang tepat masih belum diketahui.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
