Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Eyra Hazali Buat Kejutan, Umum Bakal Timang Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali berkongsi berita gembira bersama suaminya dan para peminat apabila dia memberitahu yang sedang hamil anak kedua mereka.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Hazirah Qasdina Hazali atau mesra disapa Eyra mengumumkan berita itu dalam sebuah video.

Advertisement

eyra hazali buat kejutan, umum bakal timang anak kedua

Malah, video itu memaparkan reaksi terkejut suaminya penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli dan anak sulungnya dengan memberikan bungkusan hadiah yang diisi kit ujian kehamilan.

“Awak serius ke sayang? Atau ini ujian kehamilan yang lama dulu,” ujar Haziq dalam video tersebut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Pelakon itu juga memaklumkan kit ujian kehamilan tersebut adalah yang baru dan bukan lama dahulu.

“Saya baru menggunakan kit ujian kehamilan ini sebentar tadi, hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik berhadapan itu,” kata Eyra kepada suaminya.

Untuk rekod, hasil perkahwinan mereka sejak 1 November 2019 lalu, pasangan ini dikurniakan menimang seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish yang sudah berusia setahun 5 bulan.


 

ERA Muzik Hit Terkini