Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Faizal Tahir Tercalon Buat Kali Kedua Dalam Anugerah MTV EMA !

Kali terakhir tercalon dalam anugerah berprestij MTV EMA (Europe Music Award) untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) pada tahun 2015, tahun ini Faizal Tahir tercalon sekali lagi dalam ketegori dan anugerah yang sama.

faizal tahir tercalon buat kali kedua dalam anugerah mtv ema !

Faizal Tahir yang melancarkan album Anatomi pada November lepas memang tidak pernah menghampakan peminatnya menerusi persembahan-persembahan bertenaga di atas pentas.

Advertisement

Juga tercalon dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) ini adalah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Reid (Philippines) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Undian boleh mula dibuat di laman web rasmi MTV EMA di http://www.mtvema.com/en-asia/artists/i9m2j0/faizal-tahir

Pengundian bagi calon-calon dalam kategori ini akan berakhir pada 11 November 2017. Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) ini akan bersiaran secara langsung dari London pada hari Isnin, 13 November 2017.

Good luck Faizal Tahir!

faizal tahir tercalon buat kali kedua dalam anugerah mtv ema !

ERA Muzik Hit Terkini