Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Patutnya Tunang Januari Lepas, Fara Hezel Berpisah Lepas Dua Tahun Bercinta

Penyanyi, Fara Hezel mengakui sepatutnya melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasihnya pada Januari lalu, namun terpaksa dibatalkan.

patutnya tunang januari lepas, fara hezel berpisah lepas dua tahun bercinta

Menurut Fara, mereka terpaksa berpisah selepas hampir dua tahun menjalinkan hubungan percintaan.

Advertisement

"Saya dengan dia sudah hampir lima bulan berpisah, sepatutnya kami bertunang awal bulan Januari lepas, namun majlis tersebut telah ditunda beberapa kali sebelum saya mengambil keputusan untuk berpisah.

"Pastinya dalam setiap hubungan kita mahukan kejujuran dan saya lihat perkara itu tidak ada pada dirinya mungkin disebabkan itu menjadi salah satu punca kepada perpisahan kami.

"Sekarang ini kami memilih untuk berkawan sahaja kerana saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa termasuklah bekas kekasih.

"Selepas daripada perpisahan yang terjadi itu saya mengambil masa selama dua bulan juga untuk menerima kenyataan dengan apa yang sudah berlaku,"
katanya kepada Gempak.

ERA Muzik Hit Terkini