Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Saya Ada Bukti Rumah Tangga Bersama Diana Danielle Wujud Pihak Ketiga” - Farid Kamil

Farid Kamil menegaskan dia mempunyai gambar sebagai bukti mengenai dakwaan wujud campur tangan orang ketiga dalam hubungan rumah tangganya dengan Diana Danielle.

 

Advertisement

Walaupun mempunyai bukti, dalam video yang dikongsikan oleh Kosmo Online di laman instagram, Farid enggan mendedahkan foto tersebut kepada umum dan menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada badan kehakiman. Dia juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengaibkan ahli keluarganya.

"Macam saya kata tadi, hal yang peribadi mengenai isteri dan anak-anak, saya tak mahu ia mencetuskan persepsi yang boleh mengaibkan mereka," ujarnya.

Sebagai tambahan, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

ERA Muzik Hit Terkini