Pelakon Farid Kamil hadir di mahkamah pagi tadi dengan membawa sejambak bunga sebagai simbolik pendamaian dengan isterinya, Diana Danielle.
Namun apabila cubaan pendamaian itu ditolak oleh Diana, Farid mengeluarkan kenyataan di mana Diana mempunyai orang ketiga yang menyokong beliau.
Advertisement
“ Saya seboleh-bolehnya nak tegakkan undang-undang Islam. Saya nak tegakkan hak sebagai seorang suami yang rumah tangganya diganggu orang ketiga.” Tambah Farid.
Balas kepada kenyataan Farid, Diana Danielle membalas dengan berkata “Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya? Kalau ‘kantoi’ kenapa nak bawa bunga?”
“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun,” katanya.
Menurut Diana, kehadiran Farid membawa sebentuk cincin dan sejambak bunga bukan untuk menyelamatkan perkahwinan sebaliknya mahu menjaga maruahnya.
Akhir sekali, apabila ditanyakan soal anak, Diana membalas dengan berkata “Aurora trauma.” namun enggan mengulas punca trauma anaknya.