
Gambar : Eizairi Shamsudin
Advertisement
Sumber: The Star dan Berita Harian
Selepas 5 hari ditahan reman bagi membantu siasatan atas kes yang didakwa ke atas dirinya, Datuk Farid Kamil akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin RM 12, 000 oleh adiknya Fadzil Zahari. Selain adik beradiknya yang hadir, Diana Danielle juga hadir memberi sokongan kepada suaminya itu.
Semasa kedua-duanya bertemu, Diana dilihat mengusap wajah dan rambut Farid dengan penuh kasih sayang.
Farid juga ditanya pihak media apa yang ingin diperkatakan kepada isterinya, Farid menjawab "Love you"
"Saya berharap keluarga hadir pada hari ini."
"Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya.
"Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya untuk saya," katanya sebaik dibebaskan.

