Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 38, dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja THC pada Januari lalu.

Advertisement
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, selepas Farid bertindak mendiamkan diri pada hari pembelaan.
Farid akan dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula hari ini.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.