
Sumber: Instagram @Faridkamilz
Advertisement
Selepas isu panas dan kontroversi yang melanda pelakon dan pengarah Farid Kamil, peminat gembira aktor popular ini kembali aktif di media sosial. Kes Farid Kamil telah berjalan dengan lancar dan dibebaskan.
Terbaru Farid Kamil telah memuat naik satu gambar di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara. Dalam kapsyen IG tersebut Farid mengatakan dia akan terus memperjuangkan nasib mereka yang teraniaya seperti dirinya. Farid juga meminta agar peminat sentiasa mendoakan perjalanannya yang penuh berliku ini.
