Pelakon dan pengarah, Farid Kamil pasrah dan sedia berlapang dada dengan apa jua keputusan sebutan kes perceraian dengan aktres Diana Danielle di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Mac.
Farid Kamil Zahari, 43, berkata dia tidak akan berusaha untuk memujuk isterinya lagi seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
Advertisement

Foto Hiasan
“Benda sudah tertulis dan pernah dilalui (proses perceraian), cuma sekarang yang perlu dibuat adalah kena hadapi (keputusan) dengan penuh keterbukaan dan reda.
“Saya rasa untuk kali kedua (bercerai) saya berserah kepada Yang Maha Esa masalah perkahwinan dan komunikasi antara kami.
“Berdoa, itu sahaja saya buat. Tiada sesi pujukan, tak keluar duit dan tak beli apa pun sebab apa lagi yang boleh saya berikan setelah dia hancurkan hadiah hari jadinya tempoh hari,” katanya.
Dia turut meluahkan bahawa mereka juga tidak mungkin berkawan selepas ini. Fokusnya terarah kepada anak-anak dan mereka keutamaan Farid buat masa ini. Dia juga merasa bersyukur kerana berpeluang untuk berbuka puasa dan solat terawih bersama Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10.

Foto: Instagram
“Sebagai bapa tentu anak-anak yang saya utamakan kerana mereka amanah Allah,” katanya.
Farid turut mengulas mengenai persediaan ke mahkamah dan sebutan kes hanya melibatkan isterinya tanpa campur tangan orang tua.
“Kali ini saya tidak mahu libatkan ibu bapa kerana apabila saya kahwin, itu keputusan yang saya buat. Saya enggan mereka susah hati”
“Perkara ini sudah tertulis dan saya kena hadapi dengan tenang. Kalau sakit pun kita perlu jalan terus,”
Diana membuat permohonan perceraian kali kedua dan mereka diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan talak.
Perceraian difailkan Diana atas sebab tiada lagi persefahaman dan perbalahan yang panjang.
Pasangan ini pernah bercerai talak satu tetapi rujuk kembali sebulan kemudian.
Mahkamah menetapkan 24 Mac untuk sebutan semula kes.