
Sumber: Instagram Fasha Sandha dan Rizal Ashram
Advertisement
Fasha Sandha dan bekas suami Rizal Ashram Ramli akhirnya memilih jalan untuk berdamai dan berbaik selepas menyelesaikan dua kes mahkamah mereka. Fasha menarik semula injuksi terhadap Rizal bagi menghalangnya menganggu dan juga kes berhubung pemegang amanah sebuah rumah di Ampang.
Manakal Rizal atau Jejai pula menarik semula kes komital berhubung hak lawatan anak-anak mereka berdua.
Ramai peminat menganggap mereka berdua sudah kembali rujuk berikutan satu post yang sama yang dibuat oleh mereka. Bagaimanapun, Fasha menjelaskan semula dalam satu post di Instagramnya yang mereka bukan rujuk kembali.
Rizal juga ada memuat naik post yang sama di Instagramnya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
