
Sumber: Mstar
Advertisement
Fasha Sandha kini dalam fasa mengenali seseorang sejak setahun yang lalu. Menurut Fasha mereka sudah ke fasa yang berani meluahkan rasa rindu. Hubungan kedua-dua mereka sangat baik dan Fasha mengaku yang dirinya sangat bahagia sekarang ini.
"Saya berkawan rapat tetapi belum ke arah bercinta cuma sekarang fasa hubungan itu dah berani cakap rindu.
"Tetapi apabila dia cakap rindu saya tidak terus balas, kenalah jual mahal sikit... hahaha.
"Hendak kata hati sudah dimiliki pun belum lagi cuma saya selesa berkawan dengannya," kata Fasha
Menjadi seorang ibu tunggal penting bagi Fasha untuk mencari lelaki yang boleh menerima anak-anaknya.
"Dia sukakan kanak-kanak dan anak-anak saya adalah keutamaan saya melebihi segalanya.
"Alhamdulillah dia terima anak-anak saya dengan baik dan itu antara sebab membuatkan saya selesa dengannya," ujar Fasha.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
