
Pelakon, Fasha Sandha, menyatakan hasrat untuk berhijab dan merasakan semakin hampir untuk berbuat demikian.
Advertisement
Demikian yang dibalas oleh Fasha menerusi ruang komen selepas peminat memuji kecantikkan Fasha sambil menyatakan beliau akan lebih cantik sekiranya berhijab.

"Cantik sangat, berhijab lagi cantik menawan," tulis netizen.
"Doakan saya ya, rasanya semakin hampir saat itu, Insya-Allah, Amin," balas Fasha.

Foto terbabit merupakan foto throwback beliau ketika perkahwinannya yang terdahulu. Kini, Fasha selamat menjadi tunang kepada Aidil sejak dari 18 November lalu.

Sumber: Instagram @fashasandha
