Sejak hari Rabu lepas, kecoh di laman Twitter apabila seorang pemanggil wanita bersuara garau menghubungi Johara dan mengejutkan ramai pihak.
Memang semua tertanya-tanya siapa lah yang call Johara guna nama Fatimah tu kan ? Dgr suara pun dah meremang weh ! Siapa eh dia ? Hmm.. 😩#joharapagiera pic.twitter.com/WKSu4a845d
— ERA (@ERAdotje) September 6, 2018
Aku masih tertanya misteri fatimah yg call johara. Seram wei
— YAYA OTHMAN (@Ilyanurfarahein) September 7, 2018
Allahu kenapa la aku dengar JOHARA dapat call dari "Fatimah" tu. Seram weh 😭
— shdhlmi (@schidooo_) September 6, 2018
Johara open topic cdgn movie seram, dgn storyline semua. Skali caller nama fatimah ni, ckp dgn suara garau seram, dgn gelak mengilai. Joahara x ckp ape, terus talian tu off 😂 tbh, klu malam tu ak pun seram
— Kenanga (@aimixahirah) September 6, 2018
weh serius weh , lepas aku tgk video #johara kena kacau dengan Fatimah tu . tetibe zink garaj dekat luar bilik aku berbunyi mcm ada benda jatuh kat atas tu 😭
— ن (@nurinrozainix) September 6, 2018
johara bukak cita pasal cerita hantu.then ada call masuk.dari awal lagi pompoan tu cakap mmg suara garau mcam kena rasuk.dia bgtahu nama dia fatimah.then cam biasa la johan permain nama dia nyanyi lagu fatimah pa ntah,pastu pompoan tu ckap jgan kacau keturunan dia la apa.
— Ahmad Mubaraq (@mubaraqhamdan) September 5, 2018
Dikenali sebagai ‘Fatimah’, wanita berkenaan terdahulu telah menghantarkan pesanan suara ke nombor Whatsapp ERA sebanyak tiga kali dan mencabar penerbit Johara Pagi ERA, Azah Sahrin untuk menghubunginya.
Advertisement
"Pada Rabu lalu topik kami tentang filem seram sempena Hantu Kak Limah dan Munafik 3 serta bertanya kepada pendengar filem seram macam mana mereka nak buat.
"Saya dapat tiga rakaman suara seram itu meminta penyampai hubungi dia jika berani. Kemudian pihak Johara cuba hubungi dia dan sememangnya dia bercakap dengan karater itu sepanjang masa sehingga talian diputuskan," ujarnya kepada mStar Online.
Tak sangka menjadi tular di laman sosial, hari ini (Jumaat), Johara Pagi ERA menjemput gadis berkenaan ke studio dan nyata panggilan yang dibuat pada Rabu lalu bukanlah gimik.

