Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fatin Afeefa Kahwin Dengan Suami Bukan Sebab Kaya

fatin afeefa kahwin dengan suami bukan sebab kaya

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok oleh suami kepada Fatin Afeefa, Aliff atau lebih mesra disapa sebagai Opai, meminta jawapan sendiri dari Fatin Afeefa kenapa memilih dirinya sebagai suami kerana ada netizen yang mempertikaikan hubungan mereka.

Advertisement

"Ada seorang mamat ni, dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin dengan Opai sebab ada kereta mahal je. Korang nak sangat kan? cabar Opai kan? Jom tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa,"

Pertanyaan Aliff itu dijawab oleh Fatin Afeefa sendiri. Fatin Afeefa menjelaskan dia berkahwin dengan suaminya bukan kerana harta atau kaya dan Aliff bukanlah lelaki kaya pertama yang mendekati dirinya. Fatin menambah lagi dia memilih suaminya kerana wajah Aliff yang kacak serta comel.

"Saya nak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya yang pertama yang mendekati saya. Tapi awak yang paling hensem. Jadi saya kahwin dengan awak sebab hensem, comel. Saya pejam mata pun, saya boleh rasa kehenseman awak tu. Kaya nombor dua," katanya.

Sumber: Artis Malaysia 

ERA Muzik Hit Terkini