Peperangan di Gaza masih lagi berterusan dan semestinya ramai selebriti turut memberikan sokongan buat rakyat Palestin sebagai tanda solidariti mereka buat mereka. Namun, Fatiya Latiff baru-baru ini memuat naik satu hantaran di laman media sosial dengan kapsyen yang mengejutkan.
Fatiya mengatakan bahawa dia akan ke Gaza pada tahun hadapan dan minta untuk mendoakannya untuk mati syahid.
Advertisement
“Bakal ke Gaza tahun depan. Doakan saya untuk kematian syahid, Amin” tulisnya di satu hantaran di Instagram peribadi miliknya.
Ini menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya dari para netizen di Malaysia. Bagaimanapun, dia tidak berkongsikan lebih terperinci berkenaan isu ini.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk Fatiya.