Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak desas desus yang mengatakan bahawa Fattah Amin akan mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat ini.

Menurut Media Hiburan, khabar angin yang menyatakan bahawa beliau akan bertunang itu mungkin timbul kerana filem Wanita Terindah lakonannya bersama Fazura bakal disiarkan di Astro First tidak lama lagi.
Advertisement

“Mungkin kerana Wanita Terindah nak keluar ini jadi adalah yang buat cerita. Tapi selagi tidak keluar apa-apa dari mulut saya, saya harap tidak ada spekulasi mengenai perkara ini”
“Buat masa ini tidaklah (bakal bertunang)”, katanya yang dipetik daripada portal Media Hiburan.

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan urusan Fattah Amin ya!
Sumber: Media Hiburan