Dipetik daripada laman Harian Metro, khemah dengan hiasan seperti majlis kahwin di kediaman nenek kepada pelakon dan penyanyi popular, Fazura, timbul pelbagai spekulasi.
Majlis yang turut dihadiri oleh rakan baik dan juga pengurus diadakan secara tertutup, malah pintu masuk ke kediaman tersebut ditutup rapat dan dikawal rapi.
Advertisement

Pereka fesyen, Rizman Ruzaini, yang ditemubual oleh Harian Metro, enggan memberi komen dengan lebih lanjut, dan menyatakan ia adalah sekadar kenduri kesyukuran.
Peminat juga membuat spekulasi menyatakan ia adalah kenduri merisik dan bertunang.
Fattah Amin dan Fazura sudah berlepas ke tanah suci bagi mengejakan umrah pagi tadi. Malah ada juga yang menyatakan, mereka bakal bernikah di Makkah dalam tempoh mereka mengerjakan umrah itu nanti, namun tiada permohonan nikah diterima oleh Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.
Apa pun, sama-sama kita nantikan berita daripada kedua-dua pihak.
Sumber: Harian Metro dan Media Hiburan