
Sumber: Utusan Online
Advertisement
Malam tadi kecoh apabila Fattah Amin gagal hadirkan diri ke set Meletop. Pelbagai dakwaan dan tuduhan dilemparkan mengatakan Fattah tak cukup profesional untuk berhadapan dengan Neelofa. Tindakan Fattah juga mengundang komen negatif peminat dan netizen yang ternyata tak puas hati.
Bagaimanapun pihak pengurusan Fattah mengeluarkan kenyataan bahawa aktor itu sememangnya punya urusan kecemasan hingga mikrofon tak sempat ditanggalkan daripada badannya dan kru terpaksa mengejarnya.
“Sebagai pengurus Fattah, soal profesional itu saya tahu dia sudah membuat kerjanya sebaik mungkin. Malah dalam hal ini pihak Astro sendiri yang patut keluarkan kenyataan. " jelas Fas Subari pemilik syarikat pengurusan Fastyle Asia.
“Saya masih tidak dapat jelaskan apa yang berlaku semalam. Bagaimanapun satu mesyuarat dengan pihak Fattah akan berlangsung hari ini dan kami akan kongsikan kenyataannya lewat petang ini,” katanya kepada Utusan.
