
Sumber: BH Online
Advertisement
Selepas melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup tahun lalu, pasangan Fattah Amin dan Fazura akan melangsungkan majlis resepsi di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.
Pasangan ini telah bernikah pada 27 November lalu selepas pulang mengerjakan umrah bersama keluarga masing-masing. Mereka mula rapat dan bercinta selepas kedua-duanya digandingkan dalam satu drama popular Hero Seorang Cinderella hingga peminat mencipta hashtag mereka sendiri iaitu #FattZura.

