Baru-baru ini tular mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Neelofa yang menjawab isu ingin menamatkan konflik 13 tahun bersama Fazura.
Namun, Fazura ada memuat naik di laman Instagram peribadinya dengan kapsyen yang panjang dan mengulaskan segalanya. Dia menegaskan bahawa dia hanya menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai isu yang ditularkan oleh peminat.
Advertisement
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dia sempat menjelaskan jika dirinya tidak menjawab soalan yang diajukan, perkara yang lain pula akan berlaku.
“Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. Dalam saya sibuk menguruskan kehidupan sendiri serta keluarga dan rancangan kerjaya saya sendiri, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.”
Fazura menjelaskan walaupun dia memberi fokus pada hal sendiri dan keluarga namun masih menjadi mangsa cacian dan fitnah oleh para peminat tegar individu berkaitan sehingga melibatkan anaknya, Fatima yang menjadi mangsa tambahan.
Fazura turut menyatakan bahawa dia berhak menentukan dengan siapa dia berkawan dan izin suami juga wajib diberikan keutamaan.|
“Naratif ‘Perang Dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa. Sama juga seperti orang lain, saya berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa saya wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.”
Semoga segala urusan Fazura dan keluarga dipermudahkan.
Sumber Awani