Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terkejut! Fazura Tak Sangka Namanya Tiba-Tiba ‘Trending’ Di Media Sosial

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura terkejut dan tidak menyangka namanya menjadi trending nombor satu di platform media sosial Twitter, Selasa lalu.

terkejut! fazura tak sangka namanya tiba-tiba ‘trending’ di media sosial

Advertisement

Menurut Fazura, dia sendiri mengakui agak keliru situasi ini boleh berlaku dan tidak tahu apa puncanya sehingga dimaklumkan oleh teman-teman mengenainya dan kemudian memeriksanya sendiri.

“Sejujurnya, semalam seharian saya cuti dan memang sibuk menjaga Fatima di rumah dan tidak tengok sangat telefon.

terkejut! fazura tak sangka namanya tiba-tiba ‘trending’ di media sosial

“Saya terkejut bila diberitahu nama saya trending di Twitter,” katanya.

Menerusi ciapan Fazura di akaun Twitter, dia sekadar bertanya mengenai lemang kepada pengikutnya lalu menjadi trending apabila menerima ulang ciap lebih 27,000 kali di laman media sosial itu.

“Saya ingat ciapan mengenai lemang yang dimuat naik semalam yang menjadi puncanya. Saya fikir adakah saya salah bual mengenai lemang itu atau salah taip ayatnya.

“Tapi semalam, memang saya teringin nak makan lemang lemak-lemak masin. Itu makanan kegemaran saya,” katanya.

“Saya memang tak baca pasal perkara lain. Awalnya memang saya fikir orang jadikan saya bahan jenaka sebab ciapan lemang, itu saja,” katanya.

terkejut! fazura tak sangka namanya tiba-tiba ‘trending’ di media sosial

Rupa-rupanya nama Fazura trending bukan disebabkan sebarang spekulasi menimpanya tetapi berkaitan tindakan warganet yang berang dengan kadar hukuman diterima Neelofa akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini