Foto: Instagram
Pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura, kini membuka hati untuk mengikat tali perkahwinan sekali lagi, dengan sebab yang cukup jelas iaitu dia mahu menambah zuriat.
Advertisement
Kenyataan ini dikongsikan sendiri oleh Fazura sewaktu sesi bersama peminat di sebuah ekspo di Singapura baru-baru ini.
Menurut Fazura, hasratnya untuk berumah tangga semula bukanlah sekadar kerana kesunyian atau tekanan sosial, tetapi kerana keinginan ikhlas untuk mempunyai anak.
“Saya mahu berkahwin lagi sebab saya mahukan anak lagi. Tolong doakan saya,” katanya ketika itu.
Walaupun hubungan terdahulu telah berakhir dimana Fazura bercerai pada tahun 2024 setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak menutup kemungkinan untuk memulakan bab baru dalam hidup.
Bagi Fazura, keutamaan kini adalah kebahagiaan diri dan impian mempunyai keluarga yang lebih lengkap.
Ramai peminat memuji cara Fazura melayani orang sekeliling semasa ekspo tersebut, menunjukkan bahawa dia kekal bersikap rendah diri meskipun berada dalam perhatian ramai.
Tindakan melawat gerai kenalan selebriti dan meluangkan masa bersama peminat menarik perhatian netizen, yang memuji personalitinya sebagai seorang wanita matang dan penyayang.
Fazura bagaimanapun sudah bergelar seorang ibu kepada seorang cahaya mata. Impiannya untuk menambah zuriat dilihat sebagai hasrat untuk melengkapkan keluarga sambil memberi adik kepada anak perempuannya.
Dengan niat ikhlas dan doa yang dikongsi secara terbuka, ramai berharap agar impian Fazura dipermudahkan.
Sumber: HibGlam