Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nur Fazura Tidak Mahu Gembar-Gembur Soal Ibadah, Hijab, Hijrah - “Ia Rahsia Antara Individu Dengan Allah SWT”

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura menyuarakan mengenai isu seperti ibadah, berhijab dan hijrah yang disifatkan ia perihal peribadi.

nur fazura tidak mahu gembar-gembur soal ibadah, hijab, hijrah - “ia rahsia antara individu dengan allah swt”

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Fazura juga mengatakan untuk tidak berkongsi dan memberitahu mengenai perkara berkenaan.

“Ibadah, hijab, hijrah. It is a preson secret intention with Allah SWT.

“A person journey that should never be told or sensatinalized by anyone else. Cukup=cukuplah. Penat,” katanya.

nur fazura tidak mahu gembar-gembur soal ibadah, hijab, hijrah - “ia rahsia antara individu dengan allah swt”

Pelakon itu menyifatkan perihal itu bersifat peribadi dan rahsia antara hamba dengan Tuhannya.

Isu ini menjadi bualan netizen apabila Fazura dilihat sering memuat naik gambar atau videonya mengenakan hijab sejak kebelakangan ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Suaminya, Fattah Amin menjawab mengenai isu ini dan dia bersyukur isterinya telah bertudung sepenuhnya.

“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini.

“Sekarang, dia pun sudah bertudung,” katanya ketika sidang akhbar secara virtual sempena pelancaran single terbaharunya yang berjudul Hamba.
 

ERA Muzik Hit Terkini