Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peserta ATNM 2 Teruk Dikecam! Akan Buat Laporan Polis?

Fieqa, peserta All Together Now Malaysia musim ke-2 baru-baru ini viral apabila bersikap biadap dengan juri di rancangan realiti di saluran Astro Ria tempoh hari.

 

Advertisement

 

Peserta berusia 16 tahun itu telah berkelakuan biadap terhadap seorang juri yang juga pelakon wanita, Catriona Ross. Susulan kejadian itu, Catriona Ross telah berkongsi momen di belakang pentas di laman Instagramnya dengan menunjukkan video dia menasihati Fieqa. 

Walaupun kejadian itu seolah akan reda, namun perkongsian yang bersifat nasihat itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dan ada di antara mereka mengecam remaja tersebut agak keterlaluan. 

Fieqa telah mendedahkan bahawa beliau telah menerima ugutan daripada netizen yang memintanya untuk terjun dari bangunan selain menggelarkannya sebagai pelacur. Ada juga kecaman yang melibatkan ibu bapa beliau.

Screen-Shot-2022-12-22-at-12-44-09-PM.png 

Sehubungan itu, Fieqa mengambil keputusan untuk membuat laporan polis  di Balai Polis Bangi diatas kecaman yang melampau diterimanya. 

Tambahnya, dia bersyukur kerana ahli keluarga memberikan sokongan walaupun dikecam teruk oleh netizen.

ERA Muzik Hit Terkini