
Fify Azmi kerugian sebanyak RM15000 selepas ditipu oleh pembantu peribadinya. Fify bagaimanapun telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya. Fify mendedahkan dia sepatutnya menerima bayaran bagi kerja lakonannya tetapi pembantu peribadinya telah senyap-senyap berurusan dengan akauntan syarikat produksi tersebut.
Advertisement
Fify Azmi terdetik hati untuk bertanya semula kepada syarikat tersebut mengenai bayaran lakonannya tetapi akauntan syarikat tersebut memaklumkan mereka telah melakukan pembayaran sebanyak 3 kali kepada Wanita yang merupakan pembantu peribadi Fify Azmi.
Fify juga memberitahu dia meletakkan kepercayaan kepada wanita tersebut kerana sudah bekerja dengannya selama 2 tahun tetapi kepercayaan itu dikhianati.
"Kalau ikutkan, saya memang tak nak pembantu peribadi, tapi saya beri peluang kepadanya untuk bekerja kerana pengalamannya walaupun memang ada dengar perkara negatif mengenainya.
Fify berkata laporan polis ini dibuat olehnya untuk mendapatkan semula bayaran lakonan.
Sumber : Harian Metro