Pelakon, Fikry Ibrahim kini menjadi bualan ramai dilaman sosial dek kerana lakonannya dalam sebuah drama yang sudah mula bersentuhan dengan pelakon wanita.

Sebelum ini, ramai memuji prinsipnya tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita, namun kenyataannya itu nyata telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.
Advertisement

“Sebenarnya, kenyataan saya sebelum ini telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Saya hanya katakan saya akan cuba elak menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran, ia tidak bererti saya tak akan menyentuh langsung,” katanya kepada Astro Gempak.
Namun, Fikry berkata beliau menerima segala pendapat dan teguran orang ramai dengan hati terbuka, serta menjadikan ia sebagai satu iktibar dimasa akan datang.