Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Avengers 4 Akan Jadi Filem Marvel Paling Lama Di Tayangkan, Lebih 3 Jam

Filem yang amat dinanti-nantikan tahun 2019, Avengers 4, mungkin akan menjadi filem keluaran Marvel paling lama ditayangkan, iaitu hampir 3 jam.

avengers 4 akan jadi filem marvel paling lama di tayangkan, lebih 3 jam

Advertisement

Penerbit bersama, Joe Russo berkata, seperti yang dipetik dari Screenrant;

“Saya akan mengatakan mungkin akan menjadi filem tiga jam, tetapi ia bergantung kepada jalan cerita dan pada kadar tertentu. Saya pasti kita akan padatkan jalan cerita itu. Buat masa ini, Avengers 4 akan ditayangkan maksimum 3 jam. Tetap, kita akan lihat jika itu berlaku..”

Terdahulu, menerusi filem Infinity War, filem ini mengutip kutipan tertinggi diserata dunia dengan kutipan $630 juta, menewaskan kutipan terdahulu The Fate of the Furious ($542 juta) dan The Force Awakens ($248 juta).

Marvel, menerusi laman sesawangnya juga telah melancarkan jam jangka masa kepada filem Avengers 4 ini.

avengers 4 akan jadi filem marvel paling lama di tayangkan, lebih 3 jam

Baca: Marvel Lancarkan Jam Jangka Masa Kepada Filem Avengers 4

Sumber: Screenrant

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini