Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Filem 'Black Widow' Terpaksa Ditangguhkan Akibat COVID-19

Peminat filem Marvel Studios nampaknya terpaksa menangguhkan hasrat untuk menonton filem Black Widow selepas Disney mengumumkan penangguhan filem terbabit.

filem

Advertisement

Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan banyak filem antarabangsa lain membuat keputusan menangguhkan filem mereka.

Filem yang dibintangi Scarlett Johansson itu pada awalnya dijadualkan menemui peminat pada 1 Mei ini, namun terpaksa ditunda kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

filem

Selain Black Widow, Disney turut menangguhkan tayangan filem The Personal History of David Copperfield dan The Woman in the Window, yang masing-masing dijadual ditayangkan 8 dan 15 Mei ini.

Filem tempatan lakonan Zahirah Macwilson juga terkesan selepas ia terpaksa menghentikan tayangan di seluruh negara demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa sehingga 31 Mac ini.

filem

ERA Muzik Hit Terkini