Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Pelakon Mission Impossible, Ini Filem Pertama Malaysia Bertaraf Hollywood

Masihkah anda ingat dengan nama James Brooke yang juga merupakan Raja Putih Sarawak pertama yang mengasaskan kerajaan Sarawak serta membina dinasti Brooke?

ada pelakon mission impossible, ini filem pertama malaysia bertaraf hollywood

Tahukah anda, kisah sejarah kerajaan Brooke ini akan dijadikan filem tempatan bertaraf Hollywood pertama negara bertajuk ‘The White Rajah’.

Advertisement

Filem berkenaan yang dijangka memulakan pengambaran pada 24 September ini akan dibintangi dengan pelakon popular dari filem Bend It Like Beckham, Mission Impossible dan siri TV The Tudors, Jonathan Rhys Meyers, dan diarahkan oleh Michael Haussman.

ada pelakon mission impossible, ini filem pertama malaysia bertaraf hollywood

Pelakon ini juga akan bersama-sama pelakon hebat iaitu Dominic Monaghan, yang akan membawa watak Kolonel Arthyr Crookshank, sepupu dan rakan seperjuangan Brooke.

Selain itu, pelakon popular negara dan dari Indonesia juga akan turut serta seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Rahim Razali, Peter John, Kahar Jimi dan Atiquah Hasihoilan.

Pergh line up mantap! Tak sabar rasanya nak tengok filem ini nanti!

Sumber: The Borneo Post

ERA Muzik Hit Terkini