Filem Sangkar arahan Kabir Bhatia telah ditayangkan sejak minggu lalu.

Advertisement

Menariknya, selepas 10 hari ditayangkan dipawagam, filem ini telah berjaya mengutip kutipan sebanyak RM7.2 juta.
"Filem wajib tonton Malaysia yang penuh dengan pelbagai perasaan.
"Sangkar berjaya mengutip RM7.2 juta dalam masa 10 hari tayangan,"
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja selepas menonton filem ini yang pertama kali seumpamanya mengetengahkan seni bela diri campuran (MMA), malah ada juga yang menjangkakan filem ini mampu menandingi filem Polis Evo 2.
Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray, Nik Adam Mika dan ramai lagi.