Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Pernah Lulus Add Math Sebelum Ini, Finalis Hero Remaja Tak Sangka Raih 5A Dalam SPM

Peserta paling muda dalam barisan finalis Hero Remaja 2020, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan meluahkan rasa syukur dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambilnya semalam.

tak pernah lulus add math sebelum ini, finalis hero remaja tak sangka raih 5a dalam spm

Memetik laporan dari Media Hiburan, beliau yang berusia 18 tahun memperoleh keputusan 5A, 3B dan 1C dalam sembilan subjek yang diambil olehnya dalam jurusan Sains Komputer.

Advertisement

“Alhamdulillah dan syukur dengan keputusan ini meski ia mungkin tidaklah secemerlang pelajar lainnya, namun keputusan dicapai adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya sebenarnya.

tak pernah lulus add math sebelum ini, finalis hero remaja tak sangka raih 5a dalam spm

“Ini kerana, ketika sesi percubaan sebelum ini, saya hanya raih 2A sahaja. Malah, saya tidak pernah capai markah lulus dalam subjek Matematik Tambahan dalam mana-mana peperiksaan.

“Cuma ketika pergi ambil keputusan, saya terkejut kerana markah Matematik Tambahan saya ialah B+. Pastinya saya gembira atas berkat tunjuk ajar pendidik dan usaha selain doa ibu bapa, semuanya dipermudahkan,” katanya kepada Media Hiburan.

tak pernah lulus add math sebelum ini, finalis hero remaja tak sangka raih 5a dalam spm

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hariz Hamdan (@harizws) on

Beliau juga sudah meletakkan perancangan untuk menyambung pengajian selepas tamat saingan dalam pencarian Hero Remaja 2020.

Sumber: Media Hiburan

ERA Muzik Hit Terkini