Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pereka Fesyen Malaysia Terharu Hasilkan Busana Perkahwinan Eksklusif Buat Luna Maya

pereka fesyen malaysia terharu hasilkan busana perkahwinan eksklusif buat luna mayaFoto: Instagram

Pemilik jenama fesyen terkenal Fiziwoo, Hafizi Woo dan Izree Kai, meluahkan rasa terharu dan bangga apabila diberi kepercayaan untuk mereka busana perkahwinan bagi selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya.

Advertisement

Menurut Hafizi, peluang tersebut dianggap satu penghormatan besar memandangkan industri fesyen di Indonesia turut dihuni ramai pereka berbakat dan berpengaruh.

“Luna Maya merupakan rakan baik kami. Apabila mengetahui beliau bakal melangsungkan perkahwinan, kami berasa sangat gembira dan ingin menghadiahkan sesuatu istimewa untuknya.

“Kami berasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada hari bersejarahnya. Lebih istimewa, bagi pereka dari Malaysia untuk menghasilkan busana bagi selebriti di Indonesia bukanlah perkara mudah kerana di sana ramai pereka yang hebat.

“Pemilihan beliau terhadap kami adalah satu penghargaan besar,” ujar Hafizi.

Sementara itu, Izree memilih untuk tidak mendedahkan kos busana berkenaan. Beliau menegaskan bahawa nilai persahabatan jauh mengatasi soal harga atau bayaran.

“Bagi saya, persahabatan tidak boleh diukur dengan wang. Apa sahaja yang kami hasilkan untuk rakan, ia lahir daripada keikhlasan hati. Matlamatnya adalah untuk meraikan hari bahagia mereka, dan nilai persahabatan itu sendiri jauh lebih berharga,” jelas Izree.

Untuk rekod, Luna Maya dan pasangannya, Maxime, telah disatukan dalam sebuah majlis tertutup di COMO Shambhala Estate, Ubud, Bali pada 7 Mei lalu. Pasangan itu kemudian mengadakan majlis resepsi pada 31 Julai bagi meraikan perkahwinan mereka bersama rakan-rakan serta keluarga terdekat.

Sumber: Instagram

Wedding

Tampil Seanggun Luna Maya

Lengkapkan hari bahagia anda dengan busana pernikahan elegan & hadiah bermakna, terinspirasi daripada gaya Luna Maya


Beli Busana Berinspirasikan Luna Maya

ERA Muzik Hit Terkini