Hari ini, pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Pasangan berkenaan bercerai selepas spekulasi mengenai rumah tangga mereka mulai tular sejak beberapa bulan lalu apabila mereka didapati tidak menyambut Syawal bersama.
Advertisement

Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan membenarkan pemohonan cerai yang difailkan oleh Mawar. Mawar juga diperintahkan menjalani tempoh idah selama 3 bulan.
Sumber: Awani
