Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kecewa Pengarah Lagi Suka Pelakon ‘Instafamous’, Followers Amerul Afendi Kini Hampir 300k

Baru-baru ini, pelakon, Amerul Affendi meluahkan rasa kecewa selepas kebanyakkan pengarah filem dan drama lebih suka memilih pelakon yang mempunyai ramai followers di Instagram, berbanding bakat yang dipertaruhkan.

kecewa pengarah lagi suka pelakon ‘instafamous’, followers amerul afendi kini hampir 300k

Bagaimanapun, selepas kisah ini tular dan mendapat perhatian ramai rakan artis, laman sosial pelakon ini berjaya meraih hampir 300 ribu pengikut dalam masa tiga hari.

Advertisement

kecewa pengarah lagi suka pelakon ‘instafamous’, followers amerul afendi kini hampir 300k

“Ratusan ribu terima kaseh buat saudara saudari budiman yang prihatin akan permasalahan yang berlaku kepada saya baru-baru ni sehingga kalian menunjukkan sokongan yang sangat luar biasa.

“Dalam tempoh 3 hari jumlah follower di ig mencecah hingga 200k lebih. Semoga urusan kalian juga dipermudahkan oleh-Nya & sentiasa dalam pandangan ALLAH dan Rasulullah S.A.W.

“Tidaklah saya ke depan menyuarakan hal ini semata-mata kerana saya sahaja. Tapi ianya juga kerana generasi ke depan yang akan mewarisi bidang ni agar tidak diperlakukan sebegini,” tulisnya.

Pelakon ini juga meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan dan dalam masa sama tidak kisah tanggapan segelintir pihak terhadap dirinya asalkan pelapis akan datang tidak menerima nasib sama sepertinya.

kecewa pengarah lagi suka pelakon ‘instafamous’, followers amerul afendi kini hampir 300k

Perkongsian Amerul juga mendapat sokongan padu warganet dan juga rakan artis, termasuk penyanyi, Yuna dan Daiyan Trisha.

kecewa pengarah lagi suka pelakon ‘instafamous’, followers amerul afendi kini hampir 300k

Sumber: Instagram Amerul Affendi

ERA Muzik Hit Terkini