Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur dan berterima kasih selepas pengikutnya di Instagram kini meningkat kepada 5 juta.

Advertisement
Fasha yang baru sahaja melahirkan anaknya, Aisha Amaira Mohd Aidil turut menasihatkan ibu supaya tidak berputus asa dan terus berdoa apabila berhadapan situasi keguguran seperti yang pernah dialaminya.
"Aisha adalah anak kelima ibu dan ayah. Dua lagi anak ibu dan ayah sudah dalam syurga Allah. Ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi, ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa. Al-Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.
"Kepada ibu-ibu yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu Aisha, jangan putus asa. Allah itu sebaik-baik perancang," tulisnya.
Nama anaknya juga diterangkan membawa maksud bahagia dan cantik selamanya.
Anaknya, Aisha dilahirkan pada 7 Ogos lepas, hasil perkahwinan Fasha dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu.

Menerusi perkahwinannya yang pertama, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Sumber: Instagram Fasha Sandha