Izara Aishah telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pertama seberat 2.9 kilogram pada Rabu, 15 April 2020.

Selepas seminggu, suaminya, Adib Khalid telah berkongsi beberapa foto puteri sulung mereka dilaman Instagram.
Advertisement

Diberi nama Irisa Alaia, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur dengan kelahiran ini sambil memuji kecomelan anak pertama mereka ini.

"Sekarang kami bertiga... Alhamdulillah syukur, puteri kami Irisa Alaia Muhammad Adib lahir pada 15 April lalu, salah satu momen paling menggembirakan dan tidak dapat dilupakan bagi saya dan Izara.
"Selamat datang ke dunia Alaia, hati saya teruja ketika mendengar tentang kamu dan sekarang di sini bersama kami. Bapa dan ibu sangat gembira dan meletakkan sepenuh cinta terhadapmu.
"Semoga menjadi anak yang diberkati dan mampu menggembirakan semua disekelilingmu, menjadi anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat," kata Adib menerusi hantaran di Instagram.
Sumber: Instagram