Sejak semalam, tular foto mesra pelakon, Zul Ariffin mengangkat Intan Najuwa disebuah pantai dipercayai lokasi pengambaran drama mereka bersama.

Advertisement

Menerusi portal Rotikaya, foto-foto tersebut dikatakan hanya gimik promosi drama, namun ia dinafikan oleh pengarah drama tersebut, Osman Ali.
Menurut pengarah tersebut, beliau terkilan kerana ada pihak sengaja menyebarkan foto terbabit dan menyatakan ia tiada kena mengena dengan adegan dalam drama mereka.

Sebelum ini, Intan Najuwa juga pernah dikritik selepas beberapa foto dirinya didukung oleh Zul dan Idris Khan tular dilaman sosial.

Sumber: Metro & Rotikaya