Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Furhan Zahari Tampil Keluar Dari Zon Selesa, Lancar Single Solo ‘Ku Akui'

furhan zahari tampil keluar dari zon selesa, lancar single solo ‘ku akuiBukan nama baru dalam industri muzik, Furhan Zahari pernah beberapa kali tercalon untuk pelbagai anugerah muzik ketika bergabung dengan kumpulan Xpose.

Namun kini, dia memilih untuk keluar dari zon selesa dengan memperkenalkan single solonya yang pertama, bertajuk ‘Ku Akui’. Walaupun bergerak solo, Furhan mengekalkan genre muzik yang sama seperti ketika bersama Xpose.

Advertisement

Lagu ini dihasilkan oleh AdamDian dan Barr Hadif, manakala liriknya ditulis oleh Jebat Asmara, Mawar Kasih dan AdamDian. Ia mengisahkan tentang cinta yang tidak dapat diteruskan kerana ketentuan Ilahi, walaupun rasa sayang masih wujud.

Furhan menyatakan bahawa kisah dalam lirik lagu itu dekat dengan kehidupan ramai orang dan beliau ingin berkongsi pengalaman itu bersama peminat sebagai cara untuk mendekatkan diri dengan mereka.

“Kalau dulu orang kenal saya sebagai Furhan Xpose, kali ini saya hadir sebagai Furhan Zahari. Jangan keliru, saya masih orang yang sama, cuma bergerak secara solo.

“Saya harap sokongan yang diberikan selama ini diteruskan untuk lagu terbaru saya ‘Ku Akui’. Saya ingin mengembangkan lagi ilmu dan bakat nyanyian saya,” ujar Furhan.

Single ‘Ku Akui’ kini boleh didengarkan di pelbagai platform muzik digital popular, termasuk Apple Music, Deezer, YouTube Muzik dan Spotify, selain boleh didengarkan melalui semua saluran radio tempatan.

Secara tidak langsung, lagu ini menandakan permulaan era baru bagi Furhan dalam karier nyanyiannya sebagai penyanyi solo.

ERA Muzik Hit Terkini