Fyna Jebat baru-baru ini dikatakan bergaduh dengan madunya di sebuah restoran yang terletak di Shah Alam.

Namun, Fyna enggan mengulas apa apa berkenaan kejadian tersebut. Ayda Jebat, yang juga merupakan kakak kepada Fina, berkata adiknya enggan memberi sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus jaga dan atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas.
Advertisement
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.