Sir lan MczKellen, 81, merupakan selebriti pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Queen Mary, London.

Beliau yang juga bintang dari filem Lord of the Ring dan X-Men, menerima suntikan vaksin itu kelmarin, selepas prosedur kerajaan United Kingdom mengutamakan rakyatnya yang berusia 80 tahun dan ke atas.
Advertisement
Beliau yang popular dengan watak Gandalf dan Magneto mengakui beruntung dan gembira selepas menerima vaksin berkenaan.

"Ini hari yang sangat istimewa dan saya merasa gembira. Orang-orang seusia saya hingga kini masih hidup kerana sebelumnya mereka pernah divaksin.
"Pemberian vaksin untuk golongan warga emas sangat tepat kerana ia bukan untuk melindungi nyawa satu orang tapi juga orang-orang yang terdekat. Ini adalah cara tepat untuk menyelamatkan orang sekeliling," katanya.
I feel very lucky to have had the vaccine. I would have no hesitation in recommending it to anyone. https://t.co/gBLRR0OeJc
— Ian McKellen (@IanMcKellen) December 17, 2020
Menurut MacKellen, proses suntikan itu juga berjalan lancar dan tidak merasa sakit, sambil berterima kasih kepada seluruh kakitangan perubatan yang telah bekerja keras sejak pandemik COVID-19 berlaku awal tahun ini.

Beliau juga menyeru semua warga emas lain untuk mengambil suntiikan vaksin COVID-19 untuk mengelakkan mereka terdedah kepada wabak yang boleh membawa maut itu, khasnya mereka yang berisiko tinggi.