Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gaya Rambut Seakan Lisa Blackpink, Syasya Dolla Akui Dikritik Netizen

Penyanyi kumpulan meningkat naik, Dolla, Syasya mengakui pernah dikecam teruk peminat Blackpink sejak awal kemunculannya dalam industri seni.

gaya rambut seakan lisa blackpink, syasya dolla akui dikritik netizen

Advertisement

Memetik laporan Mstar, Syasya yang semakin matang menghadapi situasi ini mengambil pendekatan menutup notifikasi di akaun media sosial.

Noorsyasya Afiqah Sharizal atau mesra disapa Syasya berkongsi pernah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik kumpulan Kpop popular Blackpink.

Penyanyi berusia 20 tahun itu teruk dikecam akibat penampilannya dikatakan meniru salah seorang anggota Blackpink iaitu Lisa.

gaya rambut seakan lisa blackpink, syasya dolla akui dikritik netizen

“Hanya disebabkan rambut saya ada bangs, ramai samakan saya dengan Lisa.

“Bila ramai samakan macam itu, peminat Blackpink tak suka sampaikan ada satu ketika saya pernah terima ugutan bunuh,” katanya.

gaya rambut seakan lisa blackpink, syasya dolla akui dikritik netizen

Tambahnya lagi, Syasya mendapat sokongan dan nasihat daripada ibu bapa dan syarikat pengurusan agar mengabaikan komen-komen negatif tersebut.

“Memang banyak hate comments yang saya dapat lagi lama-lama saya dah jadi biasa. Kalau lagi kita melayan, lagi teruk jadinya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dolla tampil dengan lagu baharu berjudul Raya Raya Raya yang telah dilancarkan beberapa hari lalu.
 

ERA Muzik Hit Terkini