
Sumber: Awani
Advertisement
George Clooney pelakon Hollywood yang paling berjaya dan masih segak.
Disebalik kejayaan seseorang pasti punya kawan baik yang sentiasa ada di kala bangun dan jatuh kita. 14 kawan karibnya sangat beruntung kerana dapat USD 1 juta darinya sebagai hadiah untuk membalas budi mereka. Bertuahnya!
Salah seorang kawan baiknya, Rande Gerber berkongsi saat gembira itu ketika datang ke jamuan makan malam di rumah Clooney. Dia dan 13 rakan lain terkejut apabila melihat 14 beg bimbit berwarna hitam di atas meja.
“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya.
“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi anda. Saya bernasib baik mengenali anda semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa anda. Sementara kita masih ada saya perlu balas budi baik anda. Jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” pinta Clooney kepada rakan-rakannya.
Mereka semua terkejut apabila mendapati terdapat wang kertas AS$20 berjumlah AS$1 juta dolar dalam beg tersebut. Bukan itu sahaja, Clooney juga berjanji akan melunaskan bayaran cukai kawan-kawanya itu.
“Saya tahu kita telah melalui detik sukar, malah ada antara kita yang masih berdepan dengannya. Anda tidak perlu lagi risau mengenai anak, persekolahan mereka dan hutang-hutang anda,” ujar Clooney.
