Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gerhana Matahari ‘Cincin Api’ Bakal Warnai Langit Februari Ini

gerhana matahari ‘cincin api’ bakal warnai langit februari iniFoto: NASA

Fenomena gerhana matahari pertama bagi tahun 2026 dijangka berlaku pada 17 Februari depan, sekali gus menjadi peristiwa astronomi yang dikenali sebagai gerhana matahari anulus atau lebih popular dengan gelaran ‘cincin api’.

Advertisement

Menurut laporan NDTV, fenomena tersebut hanya boleh disaksikan dari kawasan terpencil di Antartika, menjadikannya tontonan eksklusif kepada segelintir pemerhati sahaja.

Walaupun tidak dapat dilihat secara meluas, gerhana pada 17 Februari itu menandakan permulaan kepada rangkaian tiga gerhana matahari yang bakal berlaku dalam tempoh 708 hari akan datang.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menjelaskan, gerhana matahari anulus berlaku apabila Bulan berada di hadapan Matahari namun kelihatan lebih kecil, sekali gus menghasilkan lingkaran cahaya terang di sekeliling Matahari.

“Gerhana matahari anulus berlaku apabila Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi, tetapi berada pada atau berhampiran titik terjauhnya dari Bumi. Oleh sebab itu, Bulan kelihatan lebih kecil dan tidak menutupi Matahari sepenuhnya,” menurut kenyataan NASA.

Dalam perkembangan berkaitan, Forbes melaporkan gerhana matahari kedua dalam siri tersebut dijangka berlaku pada 6 Februari 2027.

Ketika itu, fenomena ‘cincin api’ boleh disaksikan merentasi Chile, Argentina serta beberapa kawasan di Afrika Barat, dengan tempoh maksimum mencecah 7 minit 51 saat.

Gerhana ketiga pula diramal berlaku pada 26 Januari 2028 dan dianggap paling menarik apabila ‘cincin api’ dapat dilihat selama kira-kira 10 minit 27 saat dari Kepulauan Galápagos, Ecuador dan Brazil, sebelum fenomena tersebut berakhir ketika matahari terbenam di Sepanyol.

Peristiwa ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi gerhana matahari pusat ketiga yang melintasi Sepanyol dalam tempoh hanya 532 hari.

Sumber: Space.com

ERA Muzik Hit Terkini