Baru-baru ini, ahli kumpulan K-pop wanita Viviz telah mengeluarkan lagu baharu mereka berjudul Maniac. Umum mengetahui anggota kumpulan Viviz ini merupakan ahli kumpulan daripada kumpulan K-pop wanita popular, Gfriend.
Anggota Viviz iaitu Eunha, SinB dan Umji telah melakukan video tarian atau challenge di laman media sosial mereka bagi mempromosikan lagu terbaru mereka.
Advertisement
Antara yang menarik perhatian ramai peminat adalah merakamkan video challenge ini secara berasingan bersama 3 anggota Gfriend yang lain iaitu Sowon, Yuju dan Yerin.
@viviz_bpm MANIAC을 들으며 따라랏💜 with #유주 #YUJU #VIVIZ #비비지 #EUNHA #은하 #SINB #신비 #UMJI #엄지 #MANIAC #매니악 #MANIACchallenge #매니악챌린지 ♬ MANIAC (Short Ver.) - VIVIZ (비비지)
Namun ramai peminat mengharapkan Viviz dapat menyatukan semua ahli Gfriend dan merakamkan sekali video bersama serta mengungkapkan rasa rindu mereka terhadap Gfriend.

Semoga peminat semua dapat melihat anggota Gfriend bersatu semula.