Seluruh negara masih bercakap tentang kemenangan pasukan negara keatas Indonesia perlawanan peringkat Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia keatas pasukan Indonesia dengan jaringan 2-0.
Advertisement
Selepas tamat perlawanan semalam, penyanyi Mark Adam dilihat menjadi sebutan ramai kerana beliau disamakan dengan penjaga gol pasukan Indonesia, Muhammad Ridho.

Dipetik daripada laman Instagram Mark sendiri, beliau berkongsi antara tweet-tweet yang menyamakan beliau dengan penjaga gol Indonesia itu, malah berseloroh menyatakan bahawa beliaulah yang melepaskan dua gol kepada Malaysia malam tadi.
Apa pun, tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada skuad negara kerana berjaya menjinakkan Garuda dilaman sendiri malam tadi.